Syarat dan Terma untuk KEK Komuniti Platform

Mukadimah

Semua Terma Standard Laman Web dan Syarat-Syarat yang ditulis di laman web ini akan menetapkan cara anda menggunakan laman web kami yang boleh diakses di www. Syarat-syarat ini digunapakai sepenuhnya dan mempengaruhi cara anda menggunakan laman web ini. Dengan mengakses laman web ini, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat-syarat yang ditulis dalam dokumen ini. Anda tidak dibenarkan mengguna laman web ini jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana Terma Standard Laman Web dan Syarat-syarat.


Hak Harta Intelek

Selain daripada kandungan yang dimiliki oleh pihak anda, di bawah Syarat-syarat ini, KEK Komuniti Platform dan/atau pemberi-pemberi lesen berhak atas segala harta intelek dan bahan-bahan yang terkandung dalam Laman Web ini.
Anda diberikan lesen terhad yang hanya digunakan untuk tujuan melihat bahan-bahan yang terkandung dalam Laman Web ini.


Pembatasan

Anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara yang sedemikian:

  • menerbitkan apa-apa bahan Laman Web ini di media lain;
  • mendapatkan sub-lesen dan/atau mengkomersialkan apa-apa bahan Laman Web;
  • mempersembahkan di ruangan awam dan/atau menunjuk apa-apa bahan Laman Web;
  • menggunakan Laman Web ini dalam apa-apa cara yang membawa atau akan membawa kerosakan kepada Laman Web ini;
  • menggunakan Laman Web ini dengan cara yang mengganggu akses pengguna lain ke Laman Web ini;
  • menggunakan Laman Web ini dengan cara yang berlawanan dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, atau dengan apa-apa cara yang boleh menyebabkan kerosakan kepada Laman Web ini, atau kepada mana-mana individu atau perniagaan;
  • melakukan perlombongan data, penuaian data, pengekstrakan data, atau apa-apa aktiviti yang sama berkaitan dengan Laman Web ini;
  • menggunakan Laman Web ini untuk melakukan apa-apa aktiviti pengiklanan atau pemasaran.
Terdapat beberapa ruangan di Laman Web ini yang tidak boleh diakses oleh anda dan KEK Komuniti Platform berhak untuk membataskan lagi akses tersebut ke mana-mana ruangan Laman Web ini, pada bila-bila masa, secara budi bicara mutlak. Setiap ID pengguna dan kata laluan yang anda gunakan untuk akses Laman Web ini dirahsiakan dan anda mesti mengekalkan kerahsiaan tersebut.


Kandungan Anda

Mengikut Terma Standard Laman Web dan Syarat-syarat ini, “Kandungan Anda” bermaksud apa-apa jenis audio, tulisan video, imej, dan bahan-bahan lain yang anda paparkan di Laman Web ini secara sukarela. Apabila anda kongsi Kandungan Anda, anda memberikan kepada Kek Komuniti Platform keizinan tidak eksklusif, tidak dapat ditarik balik di seluruh dunia, kegunaan lesen yang boleh disub-lesenkan, terbit semula, mengadaptasi, menerbit, menterjemah dan mengedarkan di mana-mana dan semua media.
Kandungan Anda mesti dimiliki oleh pihak anda dan tidak melangkaui hak mana-mana pihak ketiga. KEK Komuniti Platform berhak untuk memadam Kandungan Anda dari Laman Web ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.


Tiada waranti

Laman Web ini disediakan secara “seadanya”, dengan segala kekurangan, dan KEK Komuniti Platform tidak menyatakan sebarang perwakilan atau waranti, dalam apa cara sekalipun yang berkaitan dengan Laman Web ini atau bahan-bahan yang terdapat pada Laman Web ini. Tiada apa-apa yang terdapat di Laman Web ini patut diterjemah sebagai nasihat terhadap anda.


Pembatasan liabiliti

Dalam apa sahaja keadaan, KEK Komuniti Platform dan mana-mana pegawai, pengarah, dan pekerja di bawah KEK Komuniti Platform tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa perkara yang timbul atau berkaitan dengan penggunaan anda di Laman Web ini tidak kira sama ada liabiliti ini di bawah kontrak. KEK Komuniti Platform, dan semua pegawai, pengarah, dan pekerja KEK Komuniti Platform tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa liabiliti tidak langsung, turutan dan istimewa yang timbul dari atau berkaitan dengan cara anda mengguna Laman Web ini.


Ganti Rugi

Dengan ini, anda bersetuju untuk menanggung rugi KEK Komuniti Platform sepenuhnya dari dan terhadap apa-apa liabiliti, kos, permintaan, punca tindakan, kerosakan dan perbelanjaan yang timbul dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan pelanggaran anda terhadap Syarat-syarat dalam dokumen ini.


Kebolehasingan

Jika Syarat-syarat yang tertera dalam dokumen didapati tidak sah mengikut undang-undang yang ditetapkan, Syaray-syarat tersebut akan dipadam tanpa mempengaruhi Syarat-syarat lain.


Variasi Syarat-syarat

KEK Komuniti Platform berhak untuk semak semula Syarat-syarat ini pada bila-bila masa mengikut kesesuaian, dan dengan menggunakan Laman Web ini anda dinasihatkan untuk baca semula Syarat-syarat ini dari semasa ke semasa.


Penyerahan

KEK Komuniti Platform berhak untuk menyerahkan, menugaskan, memindahkan, dan menubuhkan sub-kontrak untuk hak-hak di bawah miliknya dan/atau kewajipan-kewajipan di bawah Syarat-syarat tanpa pemberitahuan. Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan menyerahkan, memindahkan, dan menubuh sub-kontrak untuk apa-apa hak dan/atau kewajipan anda bawah Syarat-syarat ini.


Keseluruhan Perjanjian

Semua Syarat-syarat ini membentuk keseluruhan perjanjian antara KEK Komuniti Platform dan pihak anda dalam perkara penggunaan Laman Web ini oleh anda, dan menggantikan semua perjanjian dan persefahaman yang ditetapkan sebelum ini.